Subscribe

RSS Feed (xml)

Powered By

Skin Design:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

05 December 2009

Majlis Korban Peringkat Surau PSP Cheras

CHERAS - 27 NOVEMBER 2009 bersamaan dengan 10 ZULHIJJAH, pada hari Jumaat telah berlangsung Ibadah Korban di markas PSP cheras. Solat sunat Aidil Adha telah di imamkan oleh Ust. Firdaus dan khutbah disampaikan oleh Ust. Shahrul Rizal. Solat bermula kira-kira pukul lapan setengah. Menurut Imam Surau Ehsaniah, Sarjan Aziz, sebanyak 2 ekor lembu di korban kan pada tahun ini di markas psp. jumlah ini berkurangan dari tahun-tahun lepas. Daripada 2 ekor lembu tersebut, seekornya adalah sumbangan Dato' Zulhasnan. Lembu-lembu tersebut disembelih oleh Imam (S)Aziz. Anggota-anggota fru dan warga psp turut memberi sumbangan tenaga dalam melakukan kerja-kerja melapah, memotong, menyukat, membasuh, memasak, membasuh, dan sebagainya. Kerja-kerja tersebut terpaksa dilakukan dgn pantas kerana Korban tersebut dilakukan pada hari Jumaat, jadi terpaksalah menyiapkan semua kerja-kerja tersebut sebelum pukul 12 kerana Jumaat pada hari itu waktunya adalah awal. Majlis turut dihadiri oleh Timbalan Komander PSP dan Tuan Haji Mahadi. Alhamdulillah cuaca pada hari itu dalam keadaan yg baik. Jiran PSP, iaitu PGA melakukan korban pada hari Sabtu.


Ibadah korban adalah utk meningkatkan ketaqwaan kita kpd Allah. Nilai berapa yg kita terlibat, berapa bahagian, berapa ekor tidaklah penting sebenarnya dan tidak ada nilainya di sisi Allah tetapi yg menjadi ukuran pada penilaian Allah adalh keihslasan dan ketaqwaan sebenarnya....



kelihatan Tuan Haji Mahadi dengan berbaju melayu Ungu kebiruan.






wajah-wajah warga psp yg turut membantu meringankan dan mempercepatkan majlis korban..






Sebelum Penyembelihan Lembu Korban




Aktiviti Melapah lembu




Sekitar Mencincang Dan Memotong Daging




alhmdlh..majlis berjalan lancar..semoga Allah memberkati korban2 yg telah dilakukan baru-baru ini...

01 December 2009

Kaitan Antara Ibadah Haji Dan Sains...

Setiap perkara yg Allah ciptakan di bumi ini tidak sia-sia melainkan ada fungsi dan peranannya masing-masing. Banyak perkara yg telah tersebut sekian lama di dlam Al-quran mengenai sesuatu kejadian dan kaitannya dengan sains. Cumanya kita tidak mengetahuinya kerana tidak mengkaji. Bukti-bukti sains ini sebenarnya memberikan logik kepada penganut agama Islam itu sendiri dan secara xlangsungnya kepada orang luar dari agama Islam. Jadi di sini kita nampak sains tidak boleh di pisahkan dari agama.

Sekarang kita tgk sains dan kaitannya dengan Ibadah Haji. Fakta ini telah diteliti melalui sebuah penelitian ilmiah. Neil Amstrong telah mengkaji dan menemukan bahawa kota suci Mekah adalah pusat dari planet bumi. Kajiannya melalui satelit di luar angkasa. Kajian dilakukan lebih lanjut, ternyata radiasi tersebut berpusat di kota suci Mekah, tepatnya berasal dari Ka'abah.

Maksud pusat bumi adalah kedudukan ditengah2 bumi. Jadi kawasan ini adalah di tengah2 antara kutub utara dan selatan dan kawasan ini dinamakan 'Zero Magnetism Area'. Ertinya adalah apabila kita berada di kawasan tersebut dan mengeluarkan kompas, maka jarum kompas tersebut tidak akan bergerak sama sekali kerananya daya tarik dia kawasan itu sama besar antara dua kutub.

Jadi kita mesti dah dpt simpulkan, bahawa ibadah haji kita melakukan Tawaf yakni mengelilingi Ka'abah sebanyak 7 kali sekitar ka'abah. Secara tak langsung tubuh kita di-cas ulang oleh suatu tenaga. Kerana kita berpusing, skejap berada di kutub utara kmudian kutub selatan pula. Dan fakta ini telah dibuktikan secara ilmiah. jadi tidak hairanlah penduduk di Mekah hidup lebih lama dan lebih sihat.


Sementara itu, telah berlaku peristiwa Isteri Nabi Ibrahim, Siti Hajar dan anaknya Ismail sehingga Allah mengurniakan Air Zam-Zam. Maka sesiapa yg menunaikan Haji wajiblah melakukan sa'i dari safwah ke marwah bersempena dgn peristiwa Siti Hajar yg berlari safwah ke marwah mencari air. Allah mengurniakan air zam-zam justeru membuatkan jemaah Haji menjadi sihat dan bertenaga semasa melakukan sa'i kerana air zam-zam adalh air yg paling berkualiti di bumi ini. Pelbagai kandungan di dalam air tesebut termasuklah iodin, magnesium, natrium (sodium), dan kalium (potassium) didapati tinggi di dlm nya. Dan air ini mempunyai alkali yg tinggi dan sekaligus blh menyembuhkan org yg terkena gastrik. Jadi sesiapa yg selalu di datangi gastrik pada bulan Ramadhan, eloklah cari bekalan air zam-zam yg banyak utk tempoh sebulan pada Ramadhan akan dtg.

Raya Korban Datang Lagi..


Alhamdulillah kerana tahun ini kita masih lagi dapat bernafas dgn makna kata hidup. Umat Islam dituntut melakukan ibadah korban bersempena dengan Aidil Adha / Hari Raya Haji / Hari Raya Korban. Orang yg mampu dari segi kewangan, wajiblah dia menunaikan rukun islam yg kelima itu, yakni ibadah haji..bagi yg kurang mampu blh la dia melakukan ibadah korban. Samalah konsepnya dgn menunaikan haji iaitu pengorban utk ke jalan Allah..

Sebut mengenai peristiwa dan sejarah korban. Pastinya di kotak pemikiran kita telah terlintas pengorbanan Nabi Ibrahim..Alhmdlh kerana ada juga terlintas di pemikiran anda. Lagi teruk mereka yg tidak memberi tindak balas terhadap peristiwa korban beerti mungkin dia tidak tahu atau terlupa. Sebenarnya korban telah berlaku sejak Nabi Adam lagi.


1. Nabi Adam

Pada zaman Nabi Adam berlaku peristiwa korban yg melibatkan anaknya iaitu Qabil dan Habil. Menurut kitab2 sejarah Islam, Qabil telah memiliki kekayaan bagi kelompok golongan petani manakala Habil memiliki kekayaan bagi kelompok penternak. Pada masa itu telah ada perintah dari Allah supaya sebahagian dari hasil2 mereka perlu dikeluarkan utk korban. Maka mereka berdua mengeluarkan sebahagian dari hasil2 mereka, Qabil mengeluarkan hasil pertanian manakala Habil mengeluarkan hasil penternakan. Tetapi berlaku perbezaan dari segi pengeluaran hasil2 utk ibadat korban. Qabil mengeluarkan hasil2 yg terbaik dari yg baik2 belaka berbeza dengan Habil dengan hanya mengeluarkan hasil2 yg sebaliknya.


Kisah itu disebutkan dalam firman Allah yg bermaksud :

" Dan bacakanlah (Wahai Muhammad) kepada mereka kisah (mengenai) dua orang anak Adam (Habil dan Qabil) Yang berlaku Dengan sebenarnya, Iaitu ketika mereka berdua mempersembahkan satu persembahan korban (untuk mendampingkan diri kepada Allah). lalu diterima korban salah seorang di antaranya (Habil), dan tidak diterima (korban) dari Yang lain (Qabil). berkata (Qabil):" Sesungguhnya Aku akan membunuhmu!". (Habil) menjawab: "Hanyasanya Allah menerima (korban) dari orang-orang Yang bertaqwa ". surah al-Maidah : ayat 27

Jelaslah bahawa korban Habil diterima atas sebab niat yg ikhlas dan taat. Dan Qabil pula tidak diterima korbannya kerana ada unsur tidak ikhlas dan taat. Maka berlakulah peristiwa pembunuhan terhadap Habil yg mana itu adalah pembunuhan yg pertama di atas muka bumi ini.



2. Nabi Ibrahim


Korban yg disyariatkan adalah dari sejarah kepada Nabi Ibrahim bersama anaknya Nabi Ismail. Yang mana Nabi Ibrahim telah mendapat mimpi yakni Allah memerintah supaya menyembelih anak yg disayanginya, Nabi Ismail. Maka Nabi Ibrahim bertanya pendpt anaknya, anaknya berkata lakukanlah jika ia kerana Allah. Dengan itu Nabi Ibrahim melakukannya dengan ikhlas dan penuh ketaatan. Begitulah tinggi ujian Allah terhadap Nabi Ibrahim, dgn keikhlasannya Allah menggantikan tmpat Nabi Ismail dgn seekor kibas. Gambaran peristiwa itu memberi kita maksud korban yg tinggi yg mana ketaatan kita sebgai hamba dan juga keikhlasan yg tinggi membuahkan hasil utk mendapatkan kemulian disisi Allah. Berkorban lah di jalan Allah tanpa memikirkan ganjaran yg akan diraih. Sesungguhnya Allah adalah sebaik2 pemberi ganjaran.

Bagi seorang pejuang, perlu ada pengorbanan dalam diri utk mencapai kejayaan bukan dengan hanya berjuang tetapi tidak ada dlm diri kemahuan utk berkorban. Carilah keredhaan Allah utk mendekatkan diri kepada-NyA.

Sebenarnya syariat dan ibadah korban itu bukan lah terhad utk setahun sekali. Apa yg penting adalh penilaian Allah kepada keikhlasan hambanya dalam melakukan pengorbanan. Dalam peristiwa Nabi Ibrahim, Allah bukan mahukan darah dan daging Nabi Ismail tetapi mahukan keikhlasan dan ketaatan yg ada pada Nabi Ibrahim. Allah sekadar mahu menguji keimanan Nabi Ibrahim.

Dengan ekonomi meningkat sekarang, akan wujud rasa berat utk melakukan korban. Akan tetapi ibadah ini akan menjadi ringan sekiranya ia dilakukan dengan penuh keikhlasan. Dengan berkorban juga menggalakan kita bersedekah kepada fakir miskin. justeru meringankan beban org2 fakir dan dapat juga kita mengeratkan silaturrahim sewaktu melakukan sembelihan binatang korban secara bergotong royong. Allah menciptakan sesuatu itu bukan sia-sia tetapi penuh dengan manfaat yg blh dikongsi oleh smua makhluk Allah.

Allah berfirman yang bermaksud: “Daging-daging unta dan darahnya itu sekali-kali tidak dapat mencapai keredaan Allah, tetapi ketakwaan daripada kamulah yang dapat mencapainya.” (Surah al-Hajj, ayat 37)



Hukum melaksanakan ibadah korban

Hukum asal ibadah korban itu adalah sunat mu’akkadah (sunat yang sangat dituntut). Jumhur ulama juga mengatakan ia adalah sunat bagi orang yang mampu. Makruh bagi orang yang mampu itu jika dia tidak melakukan korban. Walau bagaimanapun jika ditinggalkannya tanpa sebarang keuzuran, tidaklah dia berdosa dan tidak wajib dia mengqadhanya. Walaubagaimanapun ianya boleh menjadi wajib apabila dinazarkan.

Allah berfirman :
" kami anugerahkan kepadamu sebuah sungai di syurga maka bersolatlah untuk Tuhanmu dan bersembelihlah (berkorban).

Nabi Muhammad menyatakan :
"diwajibkan ke atas saya dan tidak diwajibkan ke atas kamu"
(Riwayat Imam Tirmizi



WAKTU MELAKSANAKAN IBADAH KORBAN

Waktu penyembelihan korban bermula sesudah matahari terbit pada 10 Zulhijjah (Hari Raya Haji) dan sesudah kadar selesai sholat dua rakaat sholat hari raya dan dua khutbah pendek/ringan. Manakala yang afdhalnya adalah ketika matahari naik segalah. Waktu penyembelihan korban berlanjutan sehingga terbenamnya matahari 13 Zulhijjah. Ringkasnya: 10 Zulhijjah – 13 Zulhijjah.


hadis nabi

"perbesarkanlah oleh kamu akan sekalian korban kamu kerana bahawasanya ia menjadi tunggangan kamu diatas titian sirat kelak pada Hari Kiamat".



Binatang yg dibolehkan utk korban


1. unta : 5 thn ke atas – 7 bahagian
2. lembu/kerbau : 2 thn ke atas – 7 bahagian
3. kambing : 2 thn ke atas - 1 bahagian
4. biri2/kibas : 1 ½ thn - 1 bahagian


Sunat-sunat ketika menyembelih binatang
korban:-

1. Membaca Basmalah
2. Selawat ke atas nabi
3. Menghadap kiblat
4. Bertakbir
5. Berdoa supaya diterima ibadah
korban itu.



Binatang yg tidak dibolehkan utk korban


-Binatang yang buta atau rosak matanya
-Binatang yang jelas tempang kakinya
-Binatang yang nyata sakitnya sehingga menjadikan binatang tersebut kurus dan kurang dagingnya
-Binatang yang kurus sama ada kerana sakit, gila atau kurang makan dan sebagainya
-Binatang yang telinganya terpotong walaupun sedikit atau yang tidak bertelinga sejak dilahirkan kerana telah hilang sebahagian anggota yang boleh dimakan dan mengurangkan dagingnya
-Binatang yang berpenyakit gila
-Binatang yang bunting

p/s : Jika ternakan korban mengalami kecederaan, terutama semasa proses pengangkutan,
prinsip yang menjadi ukuran sah atau tidak ibadat korban itu ialah sama ada dagingnya
berkurangan ataupun tidak. Sebagai contoh, sekiranya ada anggota tubuhnya yang terputus atau kudung maka tidak sah dijadikan korban. Akan tetapi jika ia hanya mengalami patah tulang atau terseliuh, maka hukumnya tetap sah dikorbankan kerana tidak menjejas kualiti dagingnya.


Kesimpulan mengikut ulamak Syafii'adalah Sebarang kecacatan yang menjejas nilai (kualiti) daging korban tidak harus wujud pada ternakan yang hendak dikorban. Ia tidak sah dijadikan ibadat korban. Akan tetapi,
kecacatan yang tidak mengurangkan nilai (kualiti) daging, hukumnya harus dan sah dijadikan ternakan korban.

26 November 2009

Majlis Jamuan Hari Raya Unit 1 PSP

Selepas menyambut Hari Raya Aidil Fitri di rumah dan di kampung masing2..kini beraya di pejabat pulak..majlis jamuan Hari Raya ini dianjurkan oleh Pentadbiran Unit 1.. Alhamdulillah...setelah beberapa kali berbincang dan kutipan wang dijalankan..akhirnya dapat jugak majlis ini diteruskan dgn lancar....bacaan doa utk majlis Jamuan ini dipimpin oleh Ust Solahuddin, BAKA unit 1
Selaku tuan rumah.unit 1..Jadi terpaksalah sama2 menguruskan majlis itu sendiri dgn tlg mnlg sorg sikit..gambar diatas menunjukkan persiapan sebelum nak menjamu selera dan sebelum ketibaan tetamu yg diundang...


kelihatan yg bekerja menyiapkan brg2 adalah ank2 teruna..kerana kami di unit 1 tiada anak dara..kak jamilah (yg bertudung koko) tu cuma bagi nasihat apa yg patut dilakukan maklumlah anak teruna ni 'serba tahu'....







Tuan Saiful sibuk dengan borang nikahnya yg dah tak berapa lama lagi dah..klu tak silap bulan 12 ni...





Cik Alwan juga turut datang membantu (padahal kebetulan jer) wlupun beliau tidak lagi bertugas di pejabat..turun terup..masih ada masa utk tlg..

Kringgggg!!!! gedebuk!!! satu mslh sudah mari..ingatnya dah setle dah..tapi jadi isu berbangkit plak..semuanya adalah teguran dari Puan Sri..ust Rizal sedang mencatit perkara2 yg perlu di ambil tindakan..sebanyak 13 perkara yg perlu diberi perhatian..tetapi beberapa perkara shja yg dikira serius di ambil tindakan..yg selebihnya tertangguh...






Tetamu yg diundang sudah memenuhi ruang pejabat unit 1..kelihatan Tuan Eng dan Tuan Nik..pegawai kanan psp...Antara menu utamanya ialah nasi dagang..ketupat nasi..dan kueh muih serta biskut2 raya...














Selamat Menjamu Selera..alhmdlh.nasik dgg sedap..tapi xleh makan byk2..





















gambar2 yg sempat di candid ketika majlis berlangsung...

17 October 2009

Majlis Berbuka Puasa Bersama IGP

CHERAS...Pasukan Simpanan Persekutuan (PSP) Unit 1 & 4, kuala lumpur telah bertungkus lumus membuat persiapan untuk majlis berbuka puasa bersama KPN Tan Sri Musa Hassan di dalam pangkalan fru di cheras..Majlis ini dianjurkan oleh KDN/KA..Suasana majlis berjalan lancar..


Ketibaan IGP ke Markas PSP Cheras..Beliau ditemani oleh isterinya..




kelibat Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah, Datuk Bakri Mohd. Zinin hadir memeriahkan majlis...sambil bersalaman dgn Tmb. Komander PSP Cheras (berbaju ungu)



jemput duduk..jgn risau..makanan utk berbuka sudah tersedia..imam2 utk terawih pun dah ada..buat lapan ja..xlama..alhmdlh..makan kmbing..sedappppp......




Ketibaan Tan Sri Ismail Omar, Tmb. Ketua Polis Negara....




Suasana sebelum berbuka puasa..masih menunggu kehadiran VIP2 dan dlm masa yg sama menunggu waktu berbuka....


Noja Unit satu..berbaju merah.Sjn Saad..wajah kemurungan vs kelaparan vs kepenatan akibat satu hari sibuk buat persiapan utk majlis ini,.....


Kelihatan 0rang2 kuat dalam Polis...extreme pose..berbaju melayu


Isteri Jabatan Pengarah KDN/KA (bertudung hijau) Isteri Pegawai memerintah Unit 4 PSP Cheras, Selaku pengerusi PERKEP PSP CHERAS (berjubah hitam)




masih menunggu waktu berbuka puasa, sedetik demi sedetik



Wajah Pegawai Pemerintah PSP Unit 1 Kuala Lumpur, Tuan Shubly (berbaju mereah) kelihatan selepas menunaikan solat terawih..



majlis menjemput utk ke santapan moreh...gambar dirakam setelah selesai melakukan solat terawih di surau Al-Ehsaniah.PSP Kuala Lumpur.



mes pegawai di PSP CHERAS

orang kuat PSP Cheras..dari kiri : Tuan Nik, Tuan Bakhtiar, & Tuan Shubly....

Sjn Aziz Maulud, Imam PSP CHERAS..khusyu' membacakan doa di mes pegawai...

anak-anak dara FRU yg sibuk menjadi mentara...kerja terpaksa...letihhhh.......
Alhmdlh..majlis berjalan lanjar dan cuaca dalam keadaan baik..tetapi esoknya dpt panggilan dari Dato Roslan. Komander PSP..mengatakan ada teguran dari Isteri KPN selaku org no 1 perkep.mengatakn bahawa Al-Quran tidak disusun dgn baik ( al-quran lama bercampur dgn al-quran baru)..isu yg sgt hangat..dan terpaksa membuat satu mesyuarat dan didapati dari isu berbangkit itu mempunya 12perkara yg perlu dilakukan ke atas Surau Ehsaniah-PSP CHERAS...